|
Terimakasih kerana sudi melawat laman MuzikNusantara (MN). Laman ini sudah beroperasi semenjak 1998 (dulu dikenali sebagai malaysong.com, sumbangsih.com, hamlau.com dan semenjak lima tahun lalu hingga sekarang, muziknusantara.com).
NOTA >
Ramai yang bertanya ke manakah perginya lagu dari artis-artis yang pernah saya paparkan dulu (dalam lelaman lama) seperti Normadiah, Lilis Suryani, Rafeah Buang, Sanisah Huri, Sharifah Aini, Rahimah Rahim dll. Sebab utama kenapa lagu-lagu tersebut lesap adalah kerana cekera keras yang mengandungi lagu-lagu itu mengalami kerosakkan dan tidak dapat atau tiada cara mudah/murah untuk saya dapatkan kembali. Saya tidak banyak menyimpan rekod-rekod lama kerana sebahagian besar dari koleksi lagu-lagu lama yang saya naikkan dalam laman MN ini adalah dari arkib MD (MiniDisc) lapuk saya. Itupun pemain/perakam MD saya sudah lama rosak dan payah untuk mendapatkan pemain/perakam MD sekarang ini.
Walau begitu, saya sudah berjaya mendapatkan 2nd hand dan semenjak setahun lepas sudah berusaha mengenkod kembali koleksi MD tersebut ke komputer untuk kita nikmati bersama. Ini kerja yang mengambil masa apatah lagi untuk membersihkan lagu-lagu lama yang sedia ada bunyi bising "hiss & pops" dan "jumping grooves" - jadi saya minta kefahaman dan kesabaran dari anda. Cuma yang saya harapkan MD player 2nd hand itu tidak bermasalah sebelum saya sempat mengengkodkan kembali semua lagu dalam arkib tersebut.
Satu cadangan dari saya, jika anda tidak sabar untuk mendengarkan koleksi dari artis-artis yang dinyatakan di atas atau jika ada permintaan untuk artis-artis lain, sila berikan tajaan anda untuk saya mendahulukan usaha tersebut - Jika tidak, harap sabar menanti 8-)
ATURCARA >
1) Semua lagu disenaraikan dalam satu pelipat induk (parent folder) yang dinamakan ''Muzik".
2) Artis/kugiran disenaraikan mengikut susunan abjad A-Z mengikut nama artis/kugiran - Diikuti dengan pelipat album mengikut tahun diterbitkan dan di penghujungnya adalah lagu-lagu dalam album-album tersebut (Artis -> Album -> Lagu).
3) Lagu-Lagu lainnya disusun mengikut permulaaan abjad/huruf artis-artis tersebut, 0-9, A-Z. Sekarang lebih mudah untuk mencari artis yang sama dari era yang berbeza. Jika mencari artis duet, sila cari nama artis perempuan dahulu (ladies first), misalannya "Jasni & Momo Latif" - sila cari dalam senarai "Artis Malar Segar - M" (untuk Momo Latif). Tambahan lagu baru akan ditanda dengan "new today", "new yesterday" dan sepertinya dan status ini akan kekal hingga seminggu. Kemaskini dan tambahan lagu-lagu baru juga akan diberitakan di laman utama ini dan juga di FaceBook Page MN serta Twitter 'MuzikNusantara' - jadi kalau hendak bookmark, sila bermula di sini.
4) Sekarang lebih mudah untuk mencari nama lagu dan/atau artis. Sila gunakan enjin pencari dengan bijaknya (terletak di setiap laman, sebelah atas kanan "Search Muzik Nusantara".
5) Semua lagu sekarang dalam bentuk MP3 dan bukan lagi format Real Audio. Walaupun hanya sekadar 64kbps (stereo) dan 32kbps (mono), mutunya adalah lebih tinggi dari dulu. Juga MP3 dapat dimainkan dengan lebih banyak player (pemain) pilihan/kegemaran anda dan tidak terhad seperti Real Audio.
6) Semua lagu diturunkan dalam bentuk senarai main atau "playlist" (.m3u) dan anda boleh pilih untuk hanya main satu lagu atau semua lagu (dalam senarai) atau buat pilihan pada lagu yang hendak dimainkan secara berturut-turut tanpa henti!
Sila baca soalan lazim atau FAQ di sini (belum siap). Kebanyakkan soalan anda mungkin sudah ada jawapannya di sana. Soalan/cadangan yang lain boleh dikirimkan melalui emel atau diposkan ke FaceBook MN atau Twitter 'MuzikNusantara'.
Akhir kata semoga anda senang dengan khidmat yang diberikan ini dan jika sudi, boleh menyumbang melalui PayPal untuk membantu saya dalam usaha mengendalikan laman ini dan juga usaha untuk mendapatkan lebih banyak bahan tambahan. Tiada akaun PayPal? Daftar sekarang!
Selamat terhibur > Dengar lagu sekarang!
Ikhlas,
Hamlau,
Singapura
BARU>
26 Dec 2011 > Tambahan dua album Emillia Contessa "Lagu2 Indonesia Populer Vol. 2" (1976) dan "Pop Indonesia" (1977). Semoga terhibur.
11 Dec 2011 > Tambahan dua album Emillia Contessa "Diiringi The Favourite's" (1974) dan "Indonesia Pop" (1975). Semoga terhibur.
04 Dec 2011 > 50 lagu tambahan. Artis-artis termasuk Alina Rahman, Diah Iskandar, Hamidah Ahmad, Hussein Ismail, Irni Yusnita, Kartina Dahari, Komariah, Latiff Ibrahim, Mus D.S., Noorkumalasari, Orchid Abdullah, R. Ismail, Rachmat Kartolo, S. Ahmad, Suhaily Samsuddin & Andre Goh, T. Kamarulzaman, Tetty Kadi, Tuty Subardjo & Onny Surjono, Vivi Sumanthi, Zaleha Hamid dan akhir sekali, Zam Zam. Semoga terhibur.
14 Nov 2011 > Tambahan album "Emillia Contessa & Band Bentoel" dan "Emillia Contessa Bersama Kawan-Kawan" kedua-duanya keluaran 1974 dan kedua-duanya adalah sumbangan bro Yudhie. Terimakasih bro. Semoga terhibur.
27 Oct 2011 > Tambahan album "Melayu Pop Vol: 2" (1975) oleh Emillia Contessa. Semoga terhibur.
26 Oct 2011 > 30 lagu tambahan. Artis-artis termasuk Aman Shah, Endi & Adi, Ernie Djohan, Faridah M. Amin, Is & Harry, M. Jamil Jamaluddin, Max Ticoalu, New Favourite's Group, Noorkumalasari, Orchid Abdullah, R. Azmi, Rosemaria, S. M. Salim, dan akhir sekali, Tuty Daulay. Semoga terhibur.
2 Oct 2011 > Tambahan album "Angin November" (1973) oleh Emillia Contessa & Band Brenksex. Saya saspek ada beberapa lagu dalam album ini yang dirakam bersama kumpulan The Favourite's (sebelum bertukar nama Favourite's Group). Lagu-lagu tersebut adalah seperti 'Angin November' sendiri. Kerana pada 1974 ada EP Emillia Contessa bersama The Favourite's yang mengandungi lagu tersebut. Saya periksa yang rakamannya adalah lagu yang sama dan susunan dan mainan muziknya adalan lebih cenderung pada muzik The Favourite's.
26 Sep 2011 > Duabelas album pertama Alleycats (1979-1986) yang ditaja oleh bro Rosli Saad. Tenkiu bro.
18 Sep 2011 > 50 lagu tambahan. Artis-artis termasuk 3 Teruna, Aida Mustafa, Aman Shah, Azman Idris, Benyamis S & Rossy, Bob Tutupoly, Dahlia, Dara Puspita, Dian Pramana Poetra, Ellya Khadam, Elly Srikudus, Faridah M. Amin, Fatimah Razak, Fazidah Joned, Hasnah Tahar & A. Chalik, Is & Harry, Jasni, Lis Ratna, Mazuin Hamzah, Nona Asiah, Noorkumalasari, R. Azmi, Rahim Maarof, Rita Zahara, Rosemaria, Roziah Latiff, The Favourite's Group, Tuty Daulay, Zainah Jalal & Jamal Abdullah, Zaleha Hamid & M.Y. Shamsudin. Semoga terhibur.
20 Aug 2011 > Tambahan 12 lagu-lagu Hari Raya dari 2D & Herman Dikir Temasek, Amelina, Sheeda, Cici Faramida & Iwan, Iklim, Ning Baizura, Nora, Nurul, Spring, Unic, Usrah Al-Firdaus. Juga kualiti yang lebih baik pada lagu "Gema Takbir" oleh Uji Rashid dan "Syawal Menjelang" oleh Ramli Sarip. Jumlah untuk tahun ini - 420 lagu Hari Raya. Semoga terhibur.
19 Aug 2011 > Tambahan lapan lagu-lagu Hari Raya dari Azman Idris, Faridah M. Amin, Hidayah, Norfasarie & T:zi, Kumpulan V dan Zaibaktian. Juga kualiti yang lebih baik pada lagu "Musafir Di Aidil Fitri" oleh Dato' Shake. Semoga terhibur.
8 Aug 2011 > Lagu Raya datang lebih awal dalam MN tahun ini. Tambahan 30 lagu tahun ini menggenapkan jumlah lagu sebanyak 400. Lagu tambahan adalah dari Adil AF3, Ae-man, Aishah, Anis ES, Artis Nasyid EMI, Artis SCS, Azie, Azfar, Azie, Didi, Dzubir & Sufrie, Fatimah Isa, GIGI, Hady Mirza, Lady E, MY Shamsudin, Merah, Nassier Wahab, Rudy Djoharnaen, Sanisah Huri & SBC Orchestra, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Taufik Batisah, The Fabulous Cats, Ujang, Yazer AF3 dan terakhir sekali, Ziana Zain. Juga beberapa lagu tambahan dalam segment Kerohanian dari nyanyian Hady Mirza & Taufik Batisah. Semoga terhibur.
27 Jul 2011 > 60 lagu tambahan. Artis-artis termasuk Ahmad Daud, Alban De Souza, Alfian, Bob Tutupoly, Dhalan Zainuddin, Dian Pramana Poetra, Diana Nasution, Discovery, Fazidah Joned, M. Ahmad & Les Fentone, M. Daud, Quinary M, R. Azmi, Revolvers, Rosiah Chik, Saloma, Suhaily Samsuddin, Tetty Kadi, The Rezas dan terakhir sekali Zulkiflee. Semoga terhibur.
25 Jul 2011 > Tambahan beberapa lagu dari Ernie Djohan sumbangan Yudhie dan beberapa lagu Junainah M. Amin sumbangan Phiezoul, Mrcupan dan gambar-gambarnya sumbangan Zamdeka. Terimakasih semuanya.
17 Jul 2011 > Tambahan album "Banjuwangi" (1972) oleh Emillia Contessa.
16 Jul 2011 > Selamat menyambut bulan mulia Ramadhan. Sambil kita berpuasa, seperti biasa disediakan beberapa lagu-lagu bertemakan Ramadhan. Akan disimpan sehingga akhir musim nanti. Juga diselltkan beberapa lagu tambahan dalam senarai lagu-lagu Kerohanian. Semoga terhibur.
|