|
Berita baik dari Hamlau untuk peminat setia Ebiet G. Ade:
[30hb Januari 2009] - At last! Pemindahan sepenuhnya sudah selesai bagi semua lelaman Ebiet G. Ade dari Geocities ke lelaman utama MuzikNusantara.
Sudah tak perlu nak layan berpuluh pecahan kecil laman Ebiet G. Ade di Geocities yang sudah makin tidak stabil. Semuanya kini sudah di satukan di MN.
Sekarang:
1) Semua lagu dalam bentuk ((STEREO));
2) Kualiti yang lebih baik;
3) Sudah ada Playlist (klik "Dengar Semua Lagu");
4) Kulit muka album 400x400 pixs bagi CD dan 400x260 bagi MC;
5) Butang "NEXT & PREV";
and last but not least:
6) Tambahan lagu-lagu Instrumental dan Minus One dari beberapa album Ebiet G. Ade.
Check 'em OUT!
komen?
Selamat Datang ke Ruang Maya <tidak rasmi> Ebiet G. Ade
Ruangan ini terutamanya mepersembahkan klip lagu-lagu Ebiet daripada zaman Camellia sehingga yang terkini. Di sini juga terdapat semua lirik lagu dan beberapa klip video yang Hamlau enkodkan menggunakan perisian Real Producer. Maklum diberitahu bahawa lelaman ini sekadar memberi perhatian kepada MUZIK Ebiet dan bukan lelaman peribadi tentang diri Ebiet. Itu Insya Allah di lain masa.
Kebanyakan lagu-lagu yang Hamlau siapkan berasal daripada CD. Lagu-lagu yang tidak terdapat di CD, Hamlau enkodkan dari kaset atau rekod yakni jikalau anda tidak membeli rekod atau kasetnya semasa ia masih hangat dalam pasaran, Hamlau rasa agak payah untuk mendapatkannya pada masa ini kerana kebanyakannya sudah tidak diterbitkan lagi oleh syarikat rakaman yang berkenaan.
Baru-baru ini (2006) Syarikat Musica Studio's Indonesia dengan kerjasama Music Valley Sdn. Bhd. telah menerbitkan semula kesemua album-album solo Ebiet (dahulunya keluaran kaset Jackson Records) dalam bentuk cekera padat (Dari Camellia I hingga album 11 - Sketsa Rembulan Emas). Kali terakhir Hamlau lihat, cd-cd tersebut masih ada dijual di tokoh-tokoh muzik terutama di daerah Geylang Serai, Singapura. Di Malaysia dan negara lain, Hamlau kurang periksa. Beberapa syarikat penerbitan seperti LIFE, SCS dan BMG juga telah mengeluarkan banyak album-album kompilasi Ebiet.
Pada fikiran Hamlau, Ebiet adalah segelintir artis yang harus dikagumi kerana berjaya mendapatkan minat kedua-dua penerbit dan pendengar - jumlah album-album kompilasinya yang melebihi album-album studionya adalah bukti yang nyata tentang kepopularaan Ebiet. Sejauh ini terdapat kira-kira 30 album kompilasi Ebiet yang dikeluarkan oleh perbagai syarikat penerbitan. Malangnya banyak yang sudah tidak diterbitkan lagi dan Hamlau kira banyak lagi yang tidak tersenarai di bawah ini sama ada masih dalam pasaran atau tidak.
Di harapkan pada masa yang terdekat ini, Ebiet dan syarikat rakamannya dapat mengeluarkan "full album" dengan semua lagu-lagu baru dan bukan lagi album kompilasi demi kompilasi yang disertakan satu lagu baru dan satu atau dua lagi lagu rakaman semula. Peminat setia Ebiet "deserves better". Album penuh terakhir Ebiet adalah Bahasa Langit pada 2001.
Semua klip-klip disesuaikan untuk mereka yang menggunakan modem dengan kelajuan tidak kurang dari 56kb/sesaat. Anda juga memerlukan perisian RealPlayer untuk memainkan klip-klip lagu.
Dengarkan 40 lagu kegemaran Hamlau dari Ebiet G. Ade secara berterusan (Playlist).
komen?
Terbaru dari Ebiet G. Ade
08.2008
Lagu terbaru dari Ebiet Izinkan Aku Reguk CintaMu yang diselitkan dalam album kompilasi Masih Ada Waktu. Mengandungi title song Masih Ada Waktu (keluaran asal 1988) yang telah dirakam semula. 12 lagu spiritual lainnya yang sudah pernah diterbitkan dalam CD2 kompilasi lain.
06.2007
Lagu terbaru dari Ebiet Mengarungi Keberkahan Tuhan yang diselitkan dalam album Rinduku Padamu oleh Presiden keenam Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono. Lagu ini ditulis sama oleh Ebiet dan Presiden Susilo sendiri (ditulis sebagai "SBY").
2007
Ebiet ada mengeluarkan sebuah album kompilasi bertajuk "In Love: 25th Anniversary" yang ditujukan khas buat isterinya sempena ulangtahun ke 25 perkahwinan mereka.
komen?
Album Ebiet G. Ade
Camellia I (1979 Jackson)
Camellia II (1979 Jackson)
Camellia III (1980 Jackson)
Camellia IV (1980 Jackson)
Langkah Berikutnya (1982 Jackson)
Tokoh-Tokoh (1982 Jackson)
1984 (1984 Jackson)
Zaman (1985 Jackson)
Isyu! (1986 Jackson)
Lagu-Lagu Terbaik 1 Ebiet G. Ade (1987 SCS)
Lagu-Lagu Terbaik 2 Ebiet G. Ade (1987 SCS)
Lagu-Lagu Terbaik 3 Ebiet G. Ade (1987 SCS)
Lagu-Lagu Terbaik 4 Ebiet G. Ade (1987 SCS)
Menjaring Matahari (1987 RCA/EGA)
20 Lagu Terpopuler Ebiet G. Ade (1988 Blackboard)
Sketsa Rembulan Emas (1989 HARPA/EGA)
Perjalanan (1988 Nirwana/EGA)
Perjalanan Vol. II (1988 Nirwana/EGA)
Seraut Wajah (1990 Musica/BMG)
Seleksi Album Emas (1990 Life)
Seleksi Album Emas II (1994 Life)
Kupu-Kupu Kertas (1995 Musica/BMG)
16 Lagu Puisi Cinta Ebiet G. Ade (1995 Nadi/BMG)
Puisi-Puisi Cinta Ebiet G. Ade (1995 Ris Music Wijawa/BMG)
15 Hits Terpopuler Ebiet G. Ade (1996 Musica/BMG)
Kumpulan Lagu-Lagu Religius (1996 Musica/BMG)
Kumpulan Lagu-Lagu Religius Vol. II (1996 Musica/BMG)
21 Tembang Puisi Dan Kehidupan (1996 Musica/BMG)
20 Lagu Terpopuler (1997 Musica/BMG)
Lagu-Lagu Terbaik (1997 Musica/BMG)
Renungan Reformasi (1997 Musica/BMG)
16 Koleksi Terlengkap Ebiet G. Ade (1997 Nadi/BMG)
12 Lagu Terbaik Ebiet G. Ade (1979-1986) (1997 SCS)
12 Lagu Terbaik Ebiet G. Ade Volume II (1979-1986) (1997 SCS)
Ilham Seni (1998 Life)
Gamelan (1998 Ris Music WIjaya/BMG)
Best of The Best (1999 Musica/BMG)
Balada Sinetron Cinta (2000 Ris Music Wijaya/BMG)
Akustik (2001 Musica/BMG)
Bahasa Langit (2001 Ris Music Wijaya/BMG)
Balada Country (2002 Musica/BMG)
M. Nasir vs Ebiet G. Ade - Penyair Nusantara (2002 BMG)
Nyanyian Cinta (2003 Musica/BMG)
Tembang Renungan Hati (2003 Musica/BMG)
Tembang Slow (2004 Musica/BMG)
Kita Untuk Mereka (2004 Musica/BMG)
Kumpulan Lagu-Lagu Terbaik (2004 Musica/BMG)
22 Lagu Hits Sepanjang Masa - (2005 Musica/Music Valley)
Yogyakarta - (2006 Musica/BMG)
Tembang Cantik - (2006 Musica/BMG)
In Love: 25th Anniversary (2007 Trinity Optima)
Masih Ada Waktu (2008 Trinity Optima)
Lagu-Lagu Lain
Lagu-lagu dari album lain
Senarai Lagu
Senarai Lagu-lagu dari A hingga Z
Hubungan dan Urusan
Jl. Ciganjur Raya No.1, Jagakarsa,
Jakarta 12630, Jakarta, Indonesia.
Tel: 62-21-7271086
Fax: 62-21-7863074
Mobile: +628164840488
E-mel: management@ebietgade.com
Lelaman: Ebiet G. Ade official website
Forum: Forum Diskusi Ebiet G. Ade
Rangkaian
Laman Rasmi Ebiet G. Ade - Ebiet G. Ade Official Website.
Profil Ebiet - Trinity Optima Production - Di atas pelancaran album In Love yang diproduksi Trinity Optima.
Ebiet @ YouTube - Lihat banyak video Ebiet.
Equinox DMD - Sedikit maklumat dan pautan ke iTunes Music Store bagi penjualan album "Best of the Best" (1999).
Wikipedia (Inggeris) - Maklumat Ebiet G. Ade. Ada pautan ke laman Hamlau dari sana.
Wikipedia (Bahasa Indonesia) - Maklumat Ebiet G. Ade. Ada pautan ke laman Hamlau dari sana.
LirikWiki - Semua Lirik lagu Ebiet G. Ade.
Songs Indonesia - Galeri beberapa midi dan lirik lagu Ebiet G. Ade.
Laman Tak Rasmi Ebiet G. Ade - Kemaskini yang terakhir adalah pada tahun 1998.
Ada yang baru? sila beritahu.
|