Berita baik dari Hamlau untuk peminat setia M. Nasir/Kembara:
[21hb Januari 2009] - At last! Pemindahan sepenuhnya sudah selesai bagi semua lelaman M. Nasir/Kembara dari Geocities ke lelaman utama MuzikNusantara.
Sudah tak perlu nak layan berpuluh pecahan kecil laman M. Nasir/Kembara di Geocities yang sudah makin tidak stabil. Semuanya kini sudah di satukan di MN.
Sekarang:
1) Semua lagu dalam bentuk ((STEREO));
2) Kualiti yang lebih baik;
3) Sudah ada Playlist (klik "Dengar Semua Lagu");
4) Kulit muka album 400x400 pixs (klik pada album serial no);
5) Butang "NEXT & PREV";
and last but not least:
6) Tambahan album Instrumental Irama M. Nasir (1982).
Check 'em OUT!
komen?
Selamat Datang ke Ruang Maya <tidak rasmi> M. Nasir & Kembara
Ruangan ini terutamanya mempersembahkan klip lagu-lagu M. Nasir daripada masa rakaman solonya yang pertama sehingga zaman Kembara sehingga kembali solo. Di sini juga terdapat semua lirik lagu M. Nasir dan Kembara. Maklum diberitahu bahawa lelaman ini sekadar memberi perhatian kepada MUZIK M. Nasir dan bukan lelaman peribadi tentang diri M. Nasir.
Kebanyakan lagu-lagu yang Hamlau siapkan berasal daripada CD. Lagu-lagu yang tidak terdapat di CD, Hamlau enkodkan dari piringhitam lama yakni jikalau anda tidak membeli rekod atau kasetnya semasa ia masih hangat dalam pasaran, Hamlau rasa agak payah untuk mendapatkannya pada masa ini kerana kebanyakannya sudah tidak diterbitkan lagi oleh syarikat rakaman yang berkenaan.
Pada tahun 1998, Syarikat Polygram telah menerbitkan semula beberapa album-album Kembara dalam bentuk cekera padat (di antara keluaran '2-dalam-1' mereka). Album-album tersebut adalah 'Kembara/Perjuangan' dan 'Duit/Lagu-lagu Dari Filem Seniman Jalanan'. Hamlau kurang periksa apa telah jadi dengan album-album lain seperti 'Generasiku' 'Seniman Jalanan' dan '1404 Hijrah'. Syarikat Universal yang telah membeli Syarikat Polygram, juga telah mengeluarkan beberapa album-album kompilasi Kumpulan Kembara. Kali terakhir Hamlau lihat, cd-cd tersebut masih ada dijual di tokoh-tokoh muzik terutama di daerah Geylang Serai, Singapura. Di Malaysia dan negeri lain, Hamlau kurang periksa.
Semua klip-klip disesuaikan untuk mereka yang menggunakan modem dengan kelajuan tidak kurang dari 56kb/sesaat. Anda juga memerlukan perisian RealPlayer untuk memainkan klip-klip lagu.
Dengarkan 60 lagu kegemaran Hamlau dari M. Nasir/Kembara secara berterusan (Playlist).
komen?
Terbaru dari M. Nasir
06.07.2008
Album Malique Too Phat "OK" mengetengahkan M. Nasir dalam lagu "Mantera Beradu" di pasaran sekarang. Informasi penuh di sini.
04.2007
Album kompilasi (2 CD) terbaru M. Nasir "M. Nasir Terunggul" di pasaran pada April 2007. Lagu baru "Senandung Melayuku". Juga boleh didapatkan versi MTV VCD Karaoke (hanya 12 lagu).
23.05.2006
Album terbaru M. Nasir "Sang Pencinta" di pasaran pada 23hb May '06. Mengandungi 10 lagu berunsur Pop. Semua lagu dan lirik ciptaan M. Nasir sendiri melainkan dua lirik lagu "Vandeta" dan "Tangisan Di Hujung Galaksi" oleh Loloq.
komen?
Album M. Nasir
Untuk Pencinta Seni (1979 Polygram)
Dia Ibuku (M. Nasir & Yunizar Hussein) (1981 Polygram)
Irama M. Nasir (instrumental) (1982 Polygram)
Solo (1988 BMG)
Saudagar Mimpi (1992 BMG)
Canggung Mendonan (1993 BMG)
Konsert Akar M. Nasir - Manifestasi Akustika (1995 BMG)
Masihkah Ingat... M. Nasir & Yunizar Hussein (M. Nasir & Yunizar Hussein) (1995 Polygram)
Dua Pencipta Slow Rock (Deddy Dores & M. Nasir) (1997 Musica)
Terbaik M. Nasir (1998 BMG)
Terimakasih M. Nasir.. Koleksi Klasik (1999 Universal Music)
Srikandi Cintaku (1999 BMG)
Prahara Seni Abadi (2001 BMG)
Best of M. Nasir Dengan Kembara (2001 Universal Music)
Phoenix Bangkit (2001 WEA)
M. Nasir vs Ebiet G. Ade - Penyair Nusantara (2002 BMG)
M. Nasir No. 1 "Dulu Dan Kini" (2002 BMG)
Karya Emas M. Nasir (2002 Universal Music)
Mentera Semerah Padi (2003 WEA)
"Wadi" Karya M. Nasir (2003 BMG)
Sang Pencinta (2006 WEA)
M. Nasir Terunggul (2007 Sony BMG)
Ramli Sarip & M. Nasir - 20 Lagu-Lagu Terbaik (2009 WEA)
Album Kembara
Kembara (1981 Polygram)
Perjuangan (1982 Polygram)
Generasi Ku (1983 Polygram)
Seniman Jalanan (1984 Polygram)
1404 Hijrah (1984 Polygram)
Lagu-Lagu Koleksi Kembara (1985 Polygram)
Duit (1985 Polygram)
Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986 Polygram)
Lagu-Lagu Koleksi Kembara 2 (1989 Polygram)
Kembara Koleksi 1 (1991 Polygram)
Masihkah Ingat... Kembara 1981-1985 (1995 Polygram)
Koleksi Original 2 Kembara (1995 Polygram)
2 Dalam 1 - Kembara & Perjuangan (1998 Polygram)
2 Dalam 1 - Duit & Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1998 Polygram)
Koleksi Klasik Kembara (1999 Universal Music)
Best Of Kembara (2001 Universal Music)
Best of M. Nasir Dengan Kembara (2001 Universal Music)
Koleksi Klasik 2 Lagenda Rock - Sweet Charity vs Kembara (2002 Universal Music/WEA)
Kembara No. 1s - Koleksi Perdana 18 Hits Sepanjang Masa (2003 Universal Music)
Sweet Charity vs Kembara (2004 NSR/Universal Music)
Himpunan 28 Lagu Lagu Nostalgia (2005 Universal Music)
Gemilang Kembara - Edisi Khas 50 tahun Malaysia (2007 Universal)
Album Penghormatan
Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir (Siri Penghormatan Seniman) (1992 EMI) - Berbilang artis
Lagu-Lagu Hits Ciptaan Komposer M. Nasir (1992 Life) - Berbilang artis
Karya Abadi M. Nasir (1993 WEA) - Berbilang artis
Mentor (1994 WEA) - Hattan
Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir Vol. 2 (Siri Penghormatan Seniman) (1994 EMI) - Berbilang artis
Yang Terbaik Dari M. Nasir (1995 Polygram) - Berbilang artis
Sentuhan Ajaib M. Nasir (1995 BMG) - Berbilang artis
Gabungan Saleem Iklim & M. Nasir (1998 SCS/Rock) - Saleem
Si Fu (1999 Real Entertainment) - Real
Sentuhan Berantu - J. S. Kevin dan M. Nasir (1999 Life) - Berbilang Artis
Si Fu - M. Nasir - 14 Karya Terbaik (2000 BMG) - Berbilang Artis
Aku & Mentor (2000 Sony Music) - Hattan
Karya Emas M. Nasir (2002 Universal Music) - Berbilang Artis
Sentuhan Terbaik M. Nasir (2002 WEA) - Berbilang Artis
Mahaguru - 16 Karya Agung Pop M. Nasir (2005 Nova Music) - Berbilang Artis
Lagu-Lagu Lain
Lagu-lagu dari album lain (M. Nasir)
Lagu-lagu dari album lain (Kembara)
Senarai Lagu
Senarai Lagu-lagu dari A hingga Z
Hubungan dan Urusan serta Kelab Sahabat (KSMN)
LUNCAI EMAS SDN. BHD.
579, Jalan 1B/7,
Bandar Baru Sg. Buluh,
47000 Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-6156 1357/ 6700
Fax: +603-6156 2983
E-mel:
luncaiemas90@hotmail.com
luncaiemas90@yahoo.com
lcemas1@tm.net.my
ksmn_sahabat@hotmail.com
mnasir57@gmail.com
Lelaman Rasmi
Forum
Facebook M. Nasir
Facebook KSMN
MySpace
Konsert dan Jadual
Nama: Konsert Satu Wajah
Tempat: Stadium Negara KL
Masa:
25 July 2008 (ditangguh)
Tiket-tiket boleh dibeli dari Ticket Hotline di www.tickethotline.com.my
atau dengan menghubungi talian 03-7725 1177/1166


Rangkaian
Prahara Seni Blogspot - Arkib berita tentang M. Nasir semenjak 1989.
M. Nasir @ YouTube - Lihat banyak video M. Nasir. Thanx Razlizam for the info.
Wikipedia (Inggeris) - Maklumat M. Nasir
Wikipedia (Melayu) - Maklumat M. Nasir
Wikipedia (Melayu) - Maklumat Kembara
Laman Web Tak Rasmi M. Nasir - Dari Siber79 - penuh dengan informasi mengenai M. Nasir dan banyak artikel-artikel petikan dari media masa.
Sebuah Laman Web M. Nasir - Sebuah lelaman yang paling terdahulu didekasikan kepada M. Nasir tetapi juga yang paling terbiar - "Kau dah kena telan kuching ker Osman Tikus?" ;-)
Saudagarindu - Koleksi lirik lagu M. Nasir dan Kembara.
MusicMoz - Informasi tentang M. Nasir yang nampak sah telah di"spider" dari Hamlau.com.
Director/Actor - M. Nasir - Biodata M. Nasir sebagai seorang pengarah/pelakon.
IMDb.com - Informasi tentang M. Nasir sebagai seorang pengarah/pelakon.
Ada yang baru? sila beritahu.
|